Thursday, November 22, 2012

Hampir Empat Tahun...

Assalamualaikum and hello.

Wahhhhh...dah hampir empat tahun blog ni terpendam.  Aku pun dah lupa username and password blog ni.  Jenuh jugak aku cuba ingat.  Hentam sana...hentam sini dan...taraaaa "Akhirnya aku berjaya buka semula blog ni!"


Tuesday, September 1, 2009

Merdeka!

Assalamualaikum dan hello semua,

Ringkas sahaja dari aku pada kali ini. Kemerdekaan negara yang ke-52 ini jatuh dalam bulan Ramadhan. Semoga kita yang beragama Islam dapat menghayati kemerdekaan bersama dengan rasa keinsafan yang selalunya terbit sekali-sekala (harapnya berkekalan) di bulan Ramadhan ini.
Semoga kita semua sentiasa bebas dan menjadi Muslim sejati.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, semoga kita semua dapat terus bergandingan untuk membentuk Satu Malaysia yang aman dan makmur selamanya.

Friday, June 12, 2009

Terima Kasih Cikgu...

Assalamualaikum and hello semua,

Aku ada mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para Human Engineer yang telah sama-sama mendidik aku. Tapi aku rasa, adalah lebih baik aku menghargai mereka dengan post kali ini.

Terima kasih aku ucapkan kepada:

Cikgu Arbaiyah, Cikgu Che Su, Cikgu Husna, Cikgu Asmah, Cikgu Nazimah, Cikgu Raja Hanim, Mrs. Eliathamby, Mrs. Khor, Cik Sally Tan, Pn. Ng Siew Wah, Cikgu Lindy, Cikgu Ghani, Cikgu Pama Suree, Ustazah Saadiah, Ustazah Noriah, Mrs. Quah, Pn. Norzaiyati, Cikgu Haliza.

Pn. Ch'ng, Pn. Molly Tan, Ustazah Ridhwan, Cikgu Azizan, Cikgu Intan, Mrs. Tan, Mr. Yeoh, Cikgu Meloor, Cikgu Rohaizah, Cikgu Sopiah, Cikgu Nooriza, Cikgu Zakiah, Cikgu Kamel, Ustazah Jamilah, Ustazah Juriah, Ustazah Zawiyah, Pn. Yap, Cikgu Sahibudin, Mr. Han, Mr. Tan Ka Chye, Cikgu Hasni, Cikgu Che Yom.

Cikgu Khatrul Nazwa, Cikgu Hajar, Cikgu Hasnah, Cikgu Shukri, Ustazah Habsah, Cikgu Rofidah, Cikgu Amani, Cikgu Azli, Cikgu Zulkifli, Cikgu Tempawan, Cikgu Asniza, Cikgu Pajuzi, Cikgu Ruznah, Cikgu Saw, Mr. Siva, Cikgu Normah.

Mereka adalah cikgu-cikgu yang mengajar aku.
Terima Kasih Cikgu!

Tuesday, June 9, 2009

Selamat untuk Semua

Assalamualaikum and hello semua,

Lamanya aku tak bukak blog aku ni. Banyak cerita yang ingin aku ceritakan tapi dah macam luput tarikh. So, tak relevan lagi dah untuk muatkan dalam blog aku ni. Dua ke tiga minggu yang sudah, aku terasa sangat masa berlalu dengan begitu cepat. Tempat aku baru selesai peperiksaan akhir semester. Aku pulak yang takut mengalahkan students yang nak ambik periksa.

Pasal-pasal periksa ni aku tertarik dengan pandangan officemate aku, Hainol. Dia cakap "Bagi Abang Hainol, student yang berjaya menjawab dengan baik dan betul adalah seorang yang hebat kerana dia berjaya mengatasi segala ketakutan, tekanan dan macam-macam lagi perasaan. Ko ingat senang ke nak atasi semua tu?". Aku terimbas kenangan masa belajar dulu. Aku terbayangkan diri aku, berjalan ke dewan peperiksaan bersama nota-nota untuk dibaca sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Walaupun dah tak sempat nak baca, tapi nota-nota itu sebagai semangat aku, asalkan tak pergi dengan tangan kosong. Takutnya, Allah saja yang tahu walaupun persediaan yang rapi telah dibuat. Menunggu itu satu penyiksaan apatah lagi bila melihat ada kawan-kawan yang menghafal rumus, ada yang berbincang sesama sendiri dan yang paling menakutkan bila pemahaman kita tak sama dengan pemahaman kawan lain. Really menakutkan!

Bila peperiksaan bermula, cabaran nak menganalisis, mengingat rumus, dan masa tu jugak la nak rasa was-was dengan rumus yang selama ini ibarat macam makanan. Benda yang selama ini senang, tiba-tiba jadi payah nak diluahkan di kertas. Adakalnya pula, idea mencurah-curah tanpa ada hujung pangkal. Apa yang aku tahu peperiksaan sangat menekan dan menguji keyakinan pada diri sendiri.

Aku tersenyum sendiri dan Alhamdulillah, aku dah berjaya menghadapi siri-siri peperiksaan dalam hidup aku. Bila aku tengok budak-budak yang masih dibangku sekolah, aku terfikir...masih banyak lagi tekanan, ketakutan yang bakal mereka hadapi...masih panjang perjalanan. Masih ada beberapa siri kejayaan dan kegagalan yang akan mereka temui sebelum berjaya memasuki alam pekerjaan.

Kepada perlajar-pelajar PA aku yang telah tamat pengajian peringkat Diploma baru-baru ini, tahniah aku ucapkan. You all telah melakukannya dengan hebat sekali. Semoga you all terus kuat untuk mengejar kejayaan.

Hmmm...aku belum lagi mengucapkan Selamat Hari Guru (better late than never!) kepada para Human Engineer yang telah membentuk aku sehingga ke tahap ini. Kerana didikan mereka, aku berjaya.

Sempena cuti sekolah ni, kenduri pun banyak. Agaknya, kalu tak ada cuti sekolah, tak ada la kenduri kahwin. Semua orang berlumba-lumba untuk chup tarikh. Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan-kawan aku yang melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat ini. Aku doakan agar you all bahagia ke akhir hayat.

Selamat untuk Semua!

Wednesday, May 13, 2009

Tuah Luqman

Assalamualaikum and hello semua,

Sebentar tadi, Luqman datang. Luqman adalah bekas pelajar aku. Dia bawa berita gembira untuk dikongsi. Aku tumpang bangga. Luqman akan melanjutkan pelajaran ke Australia dalam bidang Aircraft Maintenance.
"Luqman, tahniah saya ucapkan. Semoga kamu berjaya dengan cemerlang. Serlahkan potensi diri kamu yang sebenar. Terus gigih dan kuatkan semangat untuk mencapai kejayaan. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati setiap usaha kamu. InsyaAllah"

Aku harapkan kepada pelajar-pelajar aku yang lain, agar mereka juga mempunyai sikap cintakan ilmu dan sentiasa mahu memperkembangkan potensi diri masing-masing.

Tuesday, May 12, 2009

Pesanan untuk Aku

Assalamualaikum and hello semua,

Baru-baru ni bila aku balik Alor Setar, aku jumpa Pak Wang, Mak Wang, Asyraff, Anan dan Ameera. Depa pun balik jugak. Pak Wang pesan:

"Anis, Pak Wang tak kisah kalau Anis nak terus kerja kat situ, tapi Pak Wang nak Anis kerja sampai jadi number satu. Buat apa pun, biar jadi number satu"

Itu pesan Pak Wang. Aku akan ingat dan usahakan.

Monday, May 11, 2009

Manjakan Otak.

Assalamualaikum and hello semua,

Aku melalui minggu-minggu yang busy. Penat, tapi tidak mengapa kerana kesibukan ini memberi peluang untuk aku lebih mengetahui potensi diri aku. Dengar macam dramatik...kan? Hmmm...sebenarnya aku berpeluang untuk bercuti di Alor Setar, kampung halaman aku. Sekarang kat Alor Setar, padinya sedang membesar. Hijau yang segar...seluas mata memandang. Aku suka Alor Setar pada waktu-waktu begini.

Berbalik kepada cerita busy tadi, walaupun aku berpeluang bercuti, tapi otak aku ligat berfikir. Berfikir tentang perancangan masa depan kerjaya aku. Berkenaan research yang akan aku laksanakan, siapa yang perlu aku hubungi dan skop apa yang aku nak buat. Kadang-kadang idea terlalu banyak dan kadang-kadang idea terlalu kering. Kadang-kala aku jadi lost sebab banyak sangat yang nak buat dan ada saja yang tak kena.

Persoalan bertubi-tubi. Semuanya datang dari diri sendiri dan perlu dijawab oleh diri sendiri. Penat sebenarnya berfikir ni. Tapi, bila memikirkan sudah sampai masanya untuk aku melaksanakan sesuatu untuk kerjaya aku, semangat aku kembali.

Demi cita-cita aku, aku nekad untuk tidak manjakan otak aku. Aku akan optimumkan penggunaannya dengan cara yang sihat. Aku kagum dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad, Prof. Diraja Ungku Aziz, dan seorang lagi, aku pernah baca majalah (lama dulu) berkenaan beliau yang walaupun telah mencecah umur 80-an (ketika itu), masih lagi giat bekerja iaitu Tan Sri Datin Sri Cempaka Kontik Kamariah.

Begitu juga dengan moyang aku, Hajah Saimah Ahmad (1903-1998), yang cergas fikirannya...even pada hari-hari terakhirnya, dia mampu membaca surah-surah Al-Quran yang dihafalnya dengan baik.

Aku yakin, idola-idola aku tadi semuanya mencabar otak mereka untuk berfikir disamping pemakanan yang sihat (mungkin). Apa yang pasti, mereka tidak pernah berputus asa untuk berfikir.

Semoga suatu hari nanti, jika Allah panjangkan umur, aku harap aku menjadi seperti mereka.