Wednesday, May 13, 2009

Tuah Luqman

Assalamualaikum and hello semua,

Sebentar tadi, Luqman datang. Luqman adalah bekas pelajar aku. Dia bawa berita gembira untuk dikongsi. Aku tumpang bangga. Luqman akan melanjutkan pelajaran ke Australia dalam bidang Aircraft Maintenance.
"Luqman, tahniah saya ucapkan. Semoga kamu berjaya dengan cemerlang. Serlahkan potensi diri kamu yang sebenar. Terus gigih dan kuatkan semangat untuk mencapai kejayaan. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati setiap usaha kamu. InsyaAllah"

Aku harapkan kepada pelajar-pelajar aku yang lain, agar mereka juga mempunyai sikap cintakan ilmu dan sentiasa mahu memperkembangkan potensi diri masing-masing.

Tuesday, May 12, 2009

Pesanan untuk Aku

Assalamualaikum and hello semua,

Baru-baru ni bila aku balik Alor Setar, aku jumpa Pak Wang, Mak Wang, Asyraff, Anan dan Ameera. Depa pun balik jugak. Pak Wang pesan:

"Anis, Pak Wang tak kisah kalau Anis nak terus kerja kat situ, tapi Pak Wang nak Anis kerja sampai jadi number satu. Buat apa pun, biar jadi number satu"

Itu pesan Pak Wang. Aku akan ingat dan usahakan.

Monday, May 11, 2009

Manjakan Otak.

Assalamualaikum and hello semua,

Aku melalui minggu-minggu yang busy. Penat, tapi tidak mengapa kerana kesibukan ini memberi peluang untuk aku lebih mengetahui potensi diri aku. Dengar macam dramatik...kan? Hmmm...sebenarnya aku berpeluang untuk bercuti di Alor Setar, kampung halaman aku. Sekarang kat Alor Setar, padinya sedang membesar. Hijau yang segar...seluas mata memandang. Aku suka Alor Setar pada waktu-waktu begini.

Berbalik kepada cerita busy tadi, walaupun aku berpeluang bercuti, tapi otak aku ligat berfikir. Berfikir tentang perancangan masa depan kerjaya aku. Berkenaan research yang akan aku laksanakan, siapa yang perlu aku hubungi dan skop apa yang aku nak buat. Kadang-kadang idea terlalu banyak dan kadang-kadang idea terlalu kering. Kadang-kala aku jadi lost sebab banyak sangat yang nak buat dan ada saja yang tak kena.

Persoalan bertubi-tubi. Semuanya datang dari diri sendiri dan perlu dijawab oleh diri sendiri. Penat sebenarnya berfikir ni. Tapi, bila memikirkan sudah sampai masanya untuk aku melaksanakan sesuatu untuk kerjaya aku, semangat aku kembali.

Demi cita-cita aku, aku nekad untuk tidak manjakan otak aku. Aku akan optimumkan penggunaannya dengan cara yang sihat. Aku kagum dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad, Prof. Diraja Ungku Aziz, dan seorang lagi, aku pernah baca majalah (lama dulu) berkenaan beliau yang walaupun telah mencecah umur 80-an (ketika itu), masih lagi giat bekerja iaitu Tan Sri Datin Sri Cempaka Kontik Kamariah.

Begitu juga dengan moyang aku, Hajah Saimah Ahmad (1903-1998), yang cergas fikirannya...even pada hari-hari terakhirnya, dia mampu membaca surah-surah Al-Quran yang dihafalnya dengan baik.

Aku yakin, idola-idola aku tadi semuanya mencabar otak mereka untuk berfikir disamping pemakanan yang sihat (mungkin). Apa yang pasti, mereka tidak pernah berputus asa untuk berfikir.

Semoga suatu hari nanti, jika Allah panjangkan umur, aku harap aku menjadi seperti mereka.

Friday, May 1, 2009

First of May

Assalamualaikum and hello semua,

Aku sekarang ini berada di Alor Setar. My sweet hometown! Cuti agak lama, so dapat la aku balik kampung. Aku ambik cuti 2 hari, plus cuti Hari Pekerja, plus weekend. Dapat la dalam 5 hari. Aku dah kerja sekarang ni...so aku dah layak untuk sambut Hari Pekerja.

Diam tak diam dah 3 tahun aku sambut Hari Pekerja. Sambut? Hmmm...tak pernah sambut pun. Hari Pekerja adalah cuti umum. Gembira sebab dapat cuti. Itu saja. Tak lebih dari itu. Tapi tahun ni berbeza sikit. Ntah kenapa aku jadi sentimental semacam.

Aku terfikir, selama 3 tahun ini, adakah aku telah melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada aku dengan sebaiknya? Adakah kerja-kerja aku mencapai clients' expectations? Adakah aku telah bekerja ke tahap potensi yang maksimum yang boleh aku capai? Macam-macam soalan yang aku tanya diri aku.

Dalam kerjaya, aku telah cuba melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Aku gembira dengan kerjaya aku. Aku berpeluang untuk bekerja dan dalam masa yang sama dapat melaksanakan tanggungjawab sosial. Hehe...Kak Nah, membebel kat student pun adalah tanggungjawab sosial tau!

Pada Hari Pekerja ni, aku nekad untuk berusaha menjadi pekerja yang lebih berintegriti, proaktif, amanah serta sentiasa meningkatkan kompetensi aku. Aku nak jadi pekerja yang sentiasa bergerak maju dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat Menyambut Hari Pekerja!