Monday, May 11, 2009

Manjakan Otak.

Assalamualaikum and hello semua,

Aku melalui minggu-minggu yang busy. Penat, tapi tidak mengapa kerana kesibukan ini memberi peluang untuk aku lebih mengetahui potensi diri aku. Dengar macam dramatik...kan? Hmmm...sebenarnya aku berpeluang untuk bercuti di Alor Setar, kampung halaman aku. Sekarang kat Alor Setar, padinya sedang membesar. Hijau yang segar...seluas mata memandang. Aku suka Alor Setar pada waktu-waktu begini.

Berbalik kepada cerita busy tadi, walaupun aku berpeluang bercuti, tapi otak aku ligat berfikir. Berfikir tentang perancangan masa depan kerjaya aku. Berkenaan research yang akan aku laksanakan, siapa yang perlu aku hubungi dan skop apa yang aku nak buat. Kadang-kadang idea terlalu banyak dan kadang-kadang idea terlalu kering. Kadang-kala aku jadi lost sebab banyak sangat yang nak buat dan ada saja yang tak kena.

Persoalan bertubi-tubi. Semuanya datang dari diri sendiri dan perlu dijawab oleh diri sendiri. Penat sebenarnya berfikir ni. Tapi, bila memikirkan sudah sampai masanya untuk aku melaksanakan sesuatu untuk kerjaya aku, semangat aku kembali.

Demi cita-cita aku, aku nekad untuk tidak manjakan otak aku. Aku akan optimumkan penggunaannya dengan cara yang sihat. Aku kagum dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad, Prof. Diraja Ungku Aziz, dan seorang lagi, aku pernah baca majalah (lama dulu) berkenaan beliau yang walaupun telah mencecah umur 80-an (ketika itu), masih lagi giat bekerja iaitu Tan Sri Datin Sri Cempaka Kontik Kamariah.

Begitu juga dengan moyang aku, Hajah Saimah Ahmad (1903-1998), yang cergas fikirannya...even pada hari-hari terakhirnya, dia mampu membaca surah-surah Al-Quran yang dihafalnya dengan baik.

Aku yakin, idola-idola aku tadi semuanya mencabar otak mereka untuk berfikir disamping pemakanan yang sihat (mungkin). Apa yang pasti, mereka tidak pernah berputus asa untuk berfikir.

Semoga suatu hari nanti, jika Allah panjangkan umur, aku harap aku menjadi seperti mereka.

No comments:

Post a Comment