Saturday, April 25, 2009

Dengan Nama Allah...

Assalamualaikum and hello semua,

Aku sibuk sangat dalam minggu ni. Banyak benda yang perlu aku selesaikan. Assignment pelajar masih banyak lagi yang belum disemak. Lebih kurang tiga minggu lagi nak start final exam. Huh...rasa macam tak menang tangan nak buat semua. Dalam keadaan kalut ni, aku ada pilihan, sama ada nak melaluinya dengan tenang atau nak melaluinya dengan stress.

Aku pilih untuk melaluinya dengan tenang. Aku cuba susun aktiviti aku dengan sebaiknya supaya aku dapat bekerja dengan tenang. Tapi ketenangan datang tak semudah itu kerana ada sahaja perkara yang tak disangka-sangka muncul dengan tiba-tiba. Ya...jika kita baru balik office dari attend meeting, tetiba atas meja ada stick-on notes tertulis "Urgent! Nak petang ni jugak". Kemudian buka email, inbox penuh dengan tuntutan-tuntutan kerja yang sepatutnya tak urgent tapi di"urgent"kan. Maunya aku tak hangin!

Tapi aku kena tenang. Rasional...rasional dan rasional...itu saja yang aku ingatkan diri aku kerana stress amatlah tak baik untuk diri aku. Aku cuba didik diri aku untuk bertenang supaya aku tidak kelihatan tua sebelum usia. Ya Allah permudahkanlah urusanku!

Teringat pesan salah seorang bestfriend aku, Kamil waktu aku belajar dulu. Waktu di Universiti dulu, aku selalu rasa tertekan kalau aku tak dapat faham sesuatu konsep atau apa saja yang berkaitan dengan pelajaran. Sakit hati aku bila aku dah mengambil masa yang lama, berusaha untuk memahami, tetapi aku masih tak dapat memahaminya.

Kamil pesan "Anis, ko ingat satu ja, kalu Allah kata itu hak ko, ia akan jadi hak ko...tapi kalu Allah kata itu bukan hak ko, ia tak akan jadi hak ko. Relaks la. Sampai masanya ko mintak pada Allah". Ayat Kamil macam dramatik...tapi berkesan di hati aku. Alhamdulillah, selepas aku mengambil masa beberapa minit untuk berehat dan memohon pada Allah, aku berjaya memahami topik tersebut.

So, mulakan kerja dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...insyaAllah, semua kerja-kerja kita akan berjalan dengan lancar. Segala urusan kita walaupun pada pandangan kita adalah payah, tetapi bila kita mohon "Ya Allah, permudahkanlah urusanku" insyaAllah, ia akan jadi mudah. Aku yakin itu.

Akhir sekali, selamat menempuh hari-hari dengan ketenangan dan semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan urusan kita semua.

Sunday, April 19, 2009

Melawan Ketakutan

Assalamualaikum dan hello semua,

Dah lama aku tak tulis blog ni rupanya. Last entry aku pun bertarikh 21 March 2009. Aku tak sedar. Kesimpulannya, masa cepat sangat berlalu. Apabila kita rasa masa seakan-akan cepat berlalu, maka itu menandakan kita berada dalam situasi yang amat sibuk. Hehe...aku nak mintak maaf kat Kak Nah yang telah menegur aku yang dah lama tak update blog ni. Credit to Kak Nah, sebab jadi pembaca-setia-terpaksa untuk blog aku ni.

Dalam jangkamasa aku menyepi ni, aku dapat ilham untuk menulis sesuatu. Ya, melawan ketakutan. Ia bermula apabila aku menonton National Geographic...rancangan Aircraft Investigation. Salah seorang mangsa yang terselamat dalam sebuah kemalangan kapal terbang telah mengalami trauma. Dia takut nak naik kapal terbang dan bila melalui kawasan kejadian, dia mula rasa cemas dan tak menentu. Perkara ini berlarutan sehinggalah pakar psikologi dia suruh dia naik kapal terbang dan melalui kawasan kemalangan tersebut sehingga dia terbiasa dan rasa takutnya hilang.

Ya, dari situ aku mula terfikir tentang ketakutan aku, yang walaupun jenisnya berbeza, tapi mungkin aku boleh ambil cara penyelesaiannya. Selama ini aku sentiasa lari dari ketakutan aku. Kerana apa? Kerana aku tak yakin aku mampu berhadapan dengannya. Namun, aku sedar yang ia hanya menjadikan aku sebagai seorang pelarian yang lari dari bayang-bayang sendiri. Yes, i have to faced it. Aku akan hadapinya, sehingga aku terbiasa dan aku tak berasa takut lagi.

Jadi, sekiranya selama ini kita ada ketakutan-ketakutan yang sering kita elakkan sehingga ia mengganggu perjalanan hidup kita, maka sudah tiba masanya untuk kita keluar dan berhadapan dengan ketakutan itu...lawan ia sehingga ia takut kepada kita, lalu ia menghilangkan diri. InsyaAllah.