Saturday, April 25, 2009

Dengan Nama Allah...

Assalamualaikum and hello semua,

Aku sibuk sangat dalam minggu ni. Banyak benda yang perlu aku selesaikan. Assignment pelajar masih banyak lagi yang belum disemak. Lebih kurang tiga minggu lagi nak start final exam. Huh...rasa macam tak menang tangan nak buat semua. Dalam keadaan kalut ni, aku ada pilihan, sama ada nak melaluinya dengan tenang atau nak melaluinya dengan stress.

Aku pilih untuk melaluinya dengan tenang. Aku cuba susun aktiviti aku dengan sebaiknya supaya aku dapat bekerja dengan tenang. Tapi ketenangan datang tak semudah itu kerana ada sahaja perkara yang tak disangka-sangka muncul dengan tiba-tiba. Ya...jika kita baru balik office dari attend meeting, tetiba atas meja ada stick-on notes tertulis "Urgent! Nak petang ni jugak". Kemudian buka email, inbox penuh dengan tuntutan-tuntutan kerja yang sepatutnya tak urgent tapi di"urgent"kan. Maunya aku tak hangin!

Tapi aku kena tenang. Rasional...rasional dan rasional...itu saja yang aku ingatkan diri aku kerana stress amatlah tak baik untuk diri aku. Aku cuba didik diri aku untuk bertenang supaya aku tidak kelihatan tua sebelum usia. Ya Allah permudahkanlah urusanku!

Teringat pesan salah seorang bestfriend aku, Kamil waktu aku belajar dulu. Waktu di Universiti dulu, aku selalu rasa tertekan kalau aku tak dapat faham sesuatu konsep atau apa saja yang berkaitan dengan pelajaran. Sakit hati aku bila aku dah mengambil masa yang lama, berusaha untuk memahami, tetapi aku masih tak dapat memahaminya.

Kamil pesan "Anis, ko ingat satu ja, kalu Allah kata itu hak ko, ia akan jadi hak ko...tapi kalu Allah kata itu bukan hak ko, ia tak akan jadi hak ko. Relaks la. Sampai masanya ko mintak pada Allah". Ayat Kamil macam dramatik...tapi berkesan di hati aku. Alhamdulillah, selepas aku mengambil masa beberapa minit untuk berehat dan memohon pada Allah, aku berjaya memahami topik tersebut.

So, mulakan kerja dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...insyaAllah, semua kerja-kerja kita akan berjalan dengan lancar. Segala urusan kita walaupun pada pandangan kita adalah payah, tetapi bila kita mohon "Ya Allah, permudahkanlah urusanku" insyaAllah, ia akan jadi mudah. Aku yakin itu.

Akhir sekali, selamat menempuh hari-hari dengan ketenangan dan semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan urusan kita semua.

No comments:

Post a Comment