Thursday, February 26, 2009

PPSMI

Assalamualaikum and hello semua,

Sepanjang Februari ni, banyak isu-isu yang menarik untuk kita bincangkan. Dari isu politik hingga isu pendidikan. Hmmm...Mungkinkah kita akan menyaksikan empat pilihanraya kecil nanti? Well, aku tak terlibat untuk mengundi so, aku tak ada la nak kepoh sangat.

Tapi kat sini, aku nak sentuh isu PPSMI yang sememangnya dekat dengan aku, memandangkan aku juga adalah di kalangan pendidik.

Jika ditanya pendapat aku berkenaan PPSMI, aku lebih cenderung untuk menyokong perlaksanaannya. Kenapa? Kerana realitinya, English adalah bahasa dunia malahan banyak buku-buku dan sumber-sumber rujukan khususnya dalam bidang teknikal adalah dalam Bahasa Inggeris. Sumber rujukan dalam Bahasa Melayu adalah sangat terhad.

Bukan bererti aku memandang rendah kredibiliti Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, tetapi kita masih lagi pegang title pengguna teknologi, bukan peneraju teknologi. Banyak yang perlu kita pelajari dan lakukan sebelum kita berupaya menjadi peneraju teknologi. Maka semestinya ilmu-ilmu tersebut didapati dari sumber-sumber berbahasa Inggeris.

Pernah aku bagi assignment kepada pelajar (pelajar sebelum perlaksanaan PPSMI), tetapi mereka memberi alasan bahawa mereka tak boleh buat assignment tersebut kerana di library, rujukan adalah dalam English dan mereka mengakui mereka ini lemah English. Jadi, macam mana mereka nak mendalami ilmu, sekiranya bila dengar English pun takut?

Namun begitu, aku perhatikan terdapat perbezaan dari segi sikap antara pelajar sebelum PPSMI dengan pelajar di bawah PPSMI. Pelajar PPSMI lebih positif sikapnya terhadap tugasan yang mensyaratkan mereka membuat rujukan di perpustakaan atau internet. Mereka ini juga tak la mahir berbahasa Inggeris, tetapi mereka tiada masalah untuk mencari atau membuat rujukan dalam English. Mereka tidak menunjukkan sikap 'takut Bahasa Inggeris'. Mereka lebih berkeyakinan dan lebih bersedia memandangkan mereka sudah terdedah dengan bahasa Inggeris di peringkat yang lebih awal.

Itulah apa yang aku nampak, berdasarkan pengalaman aku.

Hmmm...terlintas pulak satu idea. Pada pendapat aku, supaya Bahasa Melayu tak hilang, apa kata diperkenalkan matapelajaran Kesusasteraan Melayu...dan matapelajaran ini wajib diambil oleh semua pelajar di peringkat menengah dan IPT. Sama seperti subjek TITAS yang diwajibkan di semua IPT.

Apapun, aku akan sentiasa menyokong segala usaha yang akan membawa bangsa dan negara aku ke tahap yang lebih tinggi.

Malaysia Boleh!

No comments:

Post a Comment