Monday, March 16, 2009

Ibu Zain

Assalamualaikum and hello semua,

Hari ni dah mula semester break. Kat office sunyi jugak sebab tak ada student. Ramai jugak lecturer yang bercuti. Aku dan berapa kerat yang tinggal ni buat aktiviti sendiri-sendiri. Apa lagi, time ni la sesuai untuk marking assignment, ujian and macam-macam lagi. Aku target nak settlekan marking dalam minggu ni jugak dan di office. Tak mahu bawak balik kerja ke rumah.

Kat rumah, aku target nak membaca novel yang dah hampir setahun aku beli, tapi tak terbaca lagi. Or buat apa-apa aktiviti yang menyenangkan aku. Bukan senang nak bersenang-lenang macam ni.

Btw, hari sabtu hari tu aku berpeluang pi tengok persembahan teater Ibu Zain. Aku tak kenal pun siapa Ibu Zain sebelum ni. Apa sumbangan dia sampai kisah dia di-teater-kan? Aku kira Ibu Zain ni mesti pelakon, penyanyi ataupun wanita yang tertindas waktu dalam peperangan. So, aku pun pi la tengok teater tu.

Haha...rupa-rupanya aku silap banyak. Ibu Zain ni rupanya seorang wanita yang ada misi dan visi, melangkaui pemikiran wanita-wanita di zaman itu. Ibu Zain adalah seorang yang berani, berdikari dan tegas. Selain berfikiran terbuka, Ibu Zain mempunyai prinsip tersendiri.

Aku kagum.

Hmmm...mesti ada yang blur berkenaan siapa Ibu Zain ni. Ibu Zain adalah anak kepada Munsyi Sulaiman. Anak keenam. Munsyi Sulaiman jangkakan anak yang lahir tu adalah anak lelaki, so beliau sediakan nama Zainal Abidin. Tiba-tiba beliau dapat baby perempuan, so beliau namakan Zainon. Waktu kecik-kecik, orang panggil Ibu Zain sebagai Nal.

Ibu Zain pi sekolah Inggeris. Beliau tak sekolah pondok macam kebanyakan kanak-kanak pada waktu tu. Lepas abih sekolah rendah dan Munsyi Sulaiman pun dah pencen, diorang pindah ke Negeri Sembilan. Kat Negeri Sembilan, Ibu Zain bukak sekolah dan bertugas sebagai guru. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Johor dan Ibu Zain terus memberi khidmat sebagai guru. Ibu Zain juga menulis dalam majalah yang disasarkan untuk wanita. Tapi aku tak ingat nama majalah tu.

Semasa perang dan kemudian darurat, Ibu Zain terlibat dalam perjuangan UMNO dan penentangan terhadap Malayan Union. Kemudian, meneruskan lagi perjuangan beliau sebagai pendidik.

So, itulah serba sedikit berkenaan Ibu Zain. Banyak lagi pengajaran dan perkara yang boleh dicontohi dari Ibu Zain terutamanya para ladies.

Terfikir pulak aku, walaupun Ibu Zain ni bersekolah Inggeris, semangat sebagai bangsa Melayu dalam diri beliau tak hilang. Sebenarnya, bukan bahasa yang akan menyebabkan sesuatu bangsa itu lenyap, tetapi jati diri yang lemah dan sikap malu terhadap bangsa sendiri yang menjadi punca utama.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment