Saturday, March 21, 2009

Desperate

Assalamualaikum and hello semua,

Yea...hari ni cuti. Aku bangun macam biasa. boring jugak. Rancangan kat Astro tak berapa best pagi ni. Aku statikkan kat AXN, kot-kot ada cerita best. Aku tak ambik kisah sangat kat TV, aku surf internet, cari video pasal heat treatment.

Boring ah...

Aku nak tukar pi E!. Tapi tak jadi, sebab kat AXN ni ada interview session dengan sorang mamat ni. Rancangan The Duke. Ni first time aku tengok The Duke. Tak pernah berminat nak tengok pun sebab bukan selari dengan budaya aku.

Actually aku tak interested pun dengan guy yang diinterview tu, tapi aku lebih berminat dengan prinsip dia. Nama dia Alistair Paton. Dia bukak bar dan dia berjaya dalam bidang yang dia ceburi. Lagi sekali, bukan bermakna aku tertarik nak bukak bar.

Point yang aku nak highlight kat sini ialah keinginan dia untuk berjaya. Pengacara tu tanya, apa yang mendorong dia untuk berjaya and dia jawab...kerana dia terdesak untuk berjaya. Lahir dalam keluarga yang miskin, dia tiada pilihan lain. Dia hanya ada satu pilihan sahaja iaitu dia perlu berjaya.

Ya...kita kebiasaannya menghadkan potensi diri kerana halangan-halangan dari perkara yang tak mampu kita ubah. Tak ramai dari kita mengambil halangan-halangan itu sebagai pendorong dan untuk kita terus berusaha. Kejayaan tak datang bergolek. Jalan untuk berjaya pasti ada halangan dan aku percaya halangan-halangan itulah sebenarnya desakan untuk kita terus berusaha mengejar kejayaan.

So, kenali diri kita...padukan bakat dan minat. Berikan peluang kepada diri sendiri untuk tunjukkan potensi sebenar. Percayalah, bahawa kita semua mempunyai potensi yang jauh lebih besar dari apa yang kita sangkakan.

Polish diri dan go for it!

Friday, March 20, 2009

Remeh tapi Berkesan

Assalamualaikum and hello semua,

Wah...leganya! Kursus SPSS dan tamat. Best kursus tu. Pengajarnya adalah lecturer dari UiTM iaitu Dr Mohd Noorman Masrek. Pakar betul dia dalam SPSS ni. Banyak input baru yang dapat diperolehi oleh para peserta.

Hmmm...tadi pagi Kak Chik call aku. Kak Chik tengah nak pindah ke rumah baru. Aku dah pi tengok rumah tu, renovation semua dah siap. Pandai Kak Chik pilih color cat. Setiap ruang bagi mood yang berbeza. Bagi aku, Kak Chik begakan rumah tu mengikut keperluan dan keselesaan family dia. Memang betul, Kak Chik put lots of effort untuk rumah tu dan hasilnya jugak sangat bagus.

Tapi tadi pagi, lain pulak cerita dia. Curtain lain yang ditempah, lain pulak yang sampai. Kak Chik kata dia pilih color lain, tapi bila tauke tu datang nak pasang, color-nya lain. So, tak matching la dengan color dinding. Tauke tu silap kod kain. Kak Chik rasa frust jugak la walaupun sikit. Kak Chik kata tadi, dia nak suruh tauke tu buat jugak langsir ikut macam yang dia tempah.

Ya...mungkin ada antara kita kata, pasang ja la, walaupun tak matching...bukan sesapa pun nak tengok, lagipun dalam bilik ja.

Itu kata kita...

Ayah aku pulak, masa renovate rumah dulu, sangat fussy. Siling kena balance. Tiles yang dipasang kena straight. Nampak saja ayah jika ada benda yang senget. Tukang buat rumah tu pun berhati-hati agar depa tak perlu buat kerja dua kali. Ayah cerewet, tapi hasil renovation rumah sangat bagus.

Itulah, adakalanya benda-benda yang kita anggap remeh ni mempunyai impak yang besar. Contohnya, kalu bilik color biru, tetiba curtain color merah? Bilik akan nampak sempit dan menyesakkan, tu belum di ambil kira lagi pasal tona.


Contoh lagi satu, masa aku belajar dulu...aku ada ambil subjek Lukisan Kejuruteraan. Lecturer aku ni seorang yang detail. Perkara-perkara remeh pun dia nak kisah. Nak asah pensel pun ada spesifikasi yang kena ikut. Setiap garisan wajib tepat dan wajib guna pensel yang betul untuk garisan-garisan yang dibuat. Payah jugak la nak ikut rentak dia. Tapi at the end, aku faham kenapa dan aku rasa sangat bertuah dia mengajar aku dengan penuh dedikasi dan disiplin.

Ya...kadangkala kita ada sikap ambil mudah, sikap janji siap untuk semua perkara tanpa memperdulikan hasil yang akan kita perolehi. Sebenarnya, setiap perkara yang kita lakukan, walau seremeh manapun ia, ia tetap akan memberi gambaran atau mendefinasikan berkenaan siapa kita. Kalu kita datang lambat ke sesuatu majlis rasmi, tak ada masalah pun sebenarnya, majlis berjalan jugak. Tapi kita akan digambarkan sebagai tidak hormat pada majlis dan tidak ada disiplin.

Betul, orang kata tak kenal maka tak cinta, tapi berminat ka nak kenal kalu gambaran awal yang ditunjukkan tu dah buruk?

Wednesday, March 18, 2009

Hujan

Assalamualaikum and hello semua,

Hari ni aku ada kursus Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Aku belum boleh share lagi info pasal kursus ni sebab kursus ni tamat Friday nanti. Actually aku pernah belajar SPSS ni waktu aku ambik master dulu, tapi kerana tak praktikkan, maka aku dah lupa. Tadi pi kursus baru ingat balik sikit-sikit.

Hari ni kat tempat aku mendung. Pagi tadi, dalam pukul 5.30 pagi hujan mula turun. Lebat. Aku ingat sekejap saja. Tapi sampai pukul 8.30 pagi hujan still lagi turun. Kat sini, kerap hujan terutama waktu petang. Tapi ni first time dalam tahun ni hujan turun waktu pagi.

Tadi datang kerja dalam hujan. Leceh nak bergerak waktu hujan. Silap-silap boleh basah kuyup. Dalam hati merungut jugak "Awat la dok hujan ni?". Banyak aktiviti terjejas bila hujan. Dua hari lepas, rumah aku kehabisan gas. Aku tak boleh masak. En. Yazid tak boleh hantar gas ke rumah aku sehingga hujan berhenti. Nak keluar makan, malas sebab kena redah hujan. So, aku lambat makan malam. Mood aku jadi tak best.


Tapi sebenarnya hujan tu rahmat Allah. Aku atau kita sebagai manusia tak boleh merungut. Mungkin aktiviti kita terjejas kerana hujan, tapi mungkin ada makhluk Tuhan yang lain yang pada ketika itu amat memerlukan hujan.

Sebenarnya, secara tak langsung, aku juga perlukan hujan. Kenapa? Sebab salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa adalah ketika hujan turun. So, aku perlukan hujan supaya mungkin pada waktu itu, doa-doa aku dimakhbulkan Allah.

Tuesday, March 17, 2009

Sejam Bergelap

Assalamualaikum and hello semua,

Aku dapat email dari sahabat yang dah lama aku tak jumpa, Azrul berkenaan Earth Hour. Kita dicadangkan untuk turn off the lights selama satu jam, pada 28 March 2009 bermula pada pukul 8.30 malam sebagai tanda menentang global warming.

Aku juga akan join yang lain untuk sama-sama bergelap pada waktu tersebut. Malaysia mensasarkan seramai 5 million peserta berdaftar untuk bergelap secara sukarela. Jadi kepada adik-adik, kawan-kawan dan sesiapa saja yang berminat, boleh la sign up kat http://earthhour.org.my/

Actually ada banyak lagi perkara-perkara yang boleh kita lakukan dalam menentang global warming. Contohnya:

1. Menggunakan beg kain bagi menggantikan beg plastik ketika shopping.
2. Menggunakan recycled paper.
3. Print di kedua-dua belah muka surat.
4. Pastikan dokumen tidak mempunyai kesalahan sebelum di-print.
5. Tukarkan light bulbs kepada energy efficient light bulbs.
6. Off peralatan elektrik pada bekalan punca kuasa.
7. Car pool.
8. Berjalan, berbasikal atau menggunakan public transport sebagai pengangkutan.
...dan banyak lagi.

Kita, sebagai penghuni bumi Tuhan ini, seharusnya mengambil tanggungjawab memelihara Bumi ini demi kehidupan yang sejahtera.

Monday, March 16, 2009

Ibu Zain

Assalamualaikum and hello semua,

Hari ni dah mula semester break. Kat office sunyi jugak sebab tak ada student. Ramai jugak lecturer yang bercuti. Aku dan berapa kerat yang tinggal ni buat aktiviti sendiri-sendiri. Apa lagi, time ni la sesuai untuk marking assignment, ujian and macam-macam lagi. Aku target nak settlekan marking dalam minggu ni jugak dan di office. Tak mahu bawak balik kerja ke rumah.

Kat rumah, aku target nak membaca novel yang dah hampir setahun aku beli, tapi tak terbaca lagi. Or buat apa-apa aktiviti yang menyenangkan aku. Bukan senang nak bersenang-lenang macam ni.

Btw, hari sabtu hari tu aku berpeluang pi tengok persembahan teater Ibu Zain. Aku tak kenal pun siapa Ibu Zain sebelum ni. Apa sumbangan dia sampai kisah dia di-teater-kan? Aku kira Ibu Zain ni mesti pelakon, penyanyi ataupun wanita yang tertindas waktu dalam peperangan. So, aku pun pi la tengok teater tu.

Haha...rupa-rupanya aku silap banyak. Ibu Zain ni rupanya seorang wanita yang ada misi dan visi, melangkaui pemikiran wanita-wanita di zaman itu. Ibu Zain adalah seorang yang berani, berdikari dan tegas. Selain berfikiran terbuka, Ibu Zain mempunyai prinsip tersendiri.

Aku kagum.

Hmmm...mesti ada yang blur berkenaan siapa Ibu Zain ni. Ibu Zain adalah anak kepada Munsyi Sulaiman. Anak keenam. Munsyi Sulaiman jangkakan anak yang lahir tu adalah anak lelaki, so beliau sediakan nama Zainal Abidin. Tiba-tiba beliau dapat baby perempuan, so beliau namakan Zainon. Waktu kecik-kecik, orang panggil Ibu Zain sebagai Nal.

Ibu Zain pi sekolah Inggeris. Beliau tak sekolah pondok macam kebanyakan kanak-kanak pada waktu tu. Lepas abih sekolah rendah dan Munsyi Sulaiman pun dah pencen, diorang pindah ke Negeri Sembilan. Kat Negeri Sembilan, Ibu Zain bukak sekolah dan bertugas sebagai guru. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Johor dan Ibu Zain terus memberi khidmat sebagai guru. Ibu Zain juga menulis dalam majalah yang disasarkan untuk wanita. Tapi aku tak ingat nama majalah tu.

Semasa perang dan kemudian darurat, Ibu Zain terlibat dalam perjuangan UMNO dan penentangan terhadap Malayan Union. Kemudian, meneruskan lagi perjuangan beliau sebagai pendidik.

So, itulah serba sedikit berkenaan Ibu Zain. Banyak lagi pengajaran dan perkara yang boleh dicontohi dari Ibu Zain terutamanya para ladies.

Terfikir pulak aku, walaupun Ibu Zain ni bersekolah Inggeris, semangat sebagai bangsa Melayu dalam diri beliau tak hilang. Sebenarnya, bukan bahasa yang akan menyebabkan sesuatu bangsa itu lenyap, tetapi jati diri yang lemah dan sikap malu terhadap bangsa sendiri yang menjadi punca utama.

Jumpa lagi.

Tuesday, March 10, 2009

House of Professional

Assalamualaikum and hello semua,

Seronoknya cuti dan berkumpul bersama family. Actually, weekend yang lepas aku pi Majlis Tahlil untuk Pak Chak pada hari Sabtu dan Ahad pulak Majlis Pertunangan Ameer. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Lama dah tak kumpul secara besar-besaran macam ni. Raya hari tu pun tak seramai ni. Bila sesekali berkumpul tu, macam-macam nak sembang dan banyak nak bercerita. Banyak betul input dan output selama 3 hari ni. Kecoh dan riuh.


Hari Sabtu hari tu, tengah aku dok sembang, tiba-tiba aku dengar terma House of Professional dari Pak Wang. Alhamdulillah, setakat ini kami telah berjaya menempatkan diri dalam kerjaya yang diingini, di mana majoriti antara kami adalah doctor and engineer. Bidang-bidang professional yang lain (business, management, teacher) tu ada, tapi tak la seramai doctor dan engineer.

Ada jugak yang background lain, tapi join bidang lain. Macam aku, belajar Mechanical Engineering, tapi aku tak jadi Mechanical Engineer, aku jadi Human Engineer (nanti-nanti la aku cerita kenapa aku guna terma ni).


Berbalik kepada professional, bagi aku, banyak lagi yang belum aku capai sebelum aku selayaknya bergelar professional. Apa yang Pak Wang cakap tu merupakan catalyst untuk aku terus bekerja dan berjaya dalam bidang aku. Aku juga rasa amat bertuah kerana dikelilingi oleh individu-individu yang berjaya dan kejayaan mereka banyak memberi inspirasi kepada aku.

So, kepada yang belum tentukan matlamat, maka tentukanlah sekarang dan mulakan langkah untuk mencapainya. Kepada yang dah ada matlamat pula, marilah kita terus berusaha dengan cekal dan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Harapnya di gathering yang akan datang, lebih banyak cerita-cerita tentang pencapaian yang membanggakan yang akan kita dengar.

InsyaAllah. Gud luck!

Friday, March 6, 2009

Ayat-ayat Bijak

Assalamualaikum and hello semua,

Petang semalam aku masuk kelas. Aku nampak kat whiteboard ada contengan. Sambil lalu, aku baca tulisan kat whiteboard tu...Macam pernah aku dengar ayat-ayat tu. Hmmm...salah satu rangkap lagu Mentera Beradu...dari Malique and M. Nasir.

Lagu ni adalah salah satu lagu yang aku kategorikan sebagai lagu bijak. Banyak mesej yang kita dapat dari lagu ini. Mula-mula dengar dulu, aku tak faham sangat. Aku rasa lagu ni pelik. Tapi bila baca lirik slow-slow, baru la aku faham, itupun berdasarkan interpretasi aku la.

So, hari ni...aku postkan lagu ni...(kalau salah lirik ni, sorry la, ni berdasarkan apa yang aku dengar). Yang tulisan Italic tu M. Nasir nyanyi.


Mantera Beradu (Malique feat. M. Nasir)

Masih belum sempurna..

Mantera Beradu
Dengan Irama dan Lagu

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku bebal.. ingatku kebal..
banyak berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena... tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah segarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main acap belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak


awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur disisimu

ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodinya lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan


awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga meoww
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi naga ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara temeh kita tak akan maju

muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut


awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinis
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna....

Wednesday, March 4, 2009

Jadi Motivator Sekejap...

Assalamualaikum dan hello semua,

Huhu...dalam minggu ni busy sikit. Banyak perkara yang nak kena settle. Rasa pack betul la. Aku perasan yang kebelakangan ini, kebanyakkan perkara muncul dengan tiba-tiba. So, terpaksa la aku cari ruang masa untuk aku insert kat mana-mana yang boleh, untuk diselesaikan.

Tadi seorang student datang jumpa aku. Dia bertanyakan pendapat aku tentang masalah dia. Aku mendengar dan apa yang menarik perhatian aku, adalah bila dia kata ".....Saya ni boleh gembira sekejap saja, lepas tu ada masalah balik".

Oh student ku, apa yang nak disedihkan, bukankah kita sedia tahu bahawa hidup ini seperti roda? Berputar, berputar dan berputar. Oleh kerana kita ni manusia dan bukannya kereta yang boleh ditekan brake untuk hentikan putaran roda, maka, walaupun kita dah rasa cukup penat, kita tetap juga kena berjalan.

Juga, except Allah, tak ada perkara yang kekal. Seperti mana kita mengatakan bahawa bahagia itu hanya sementara, begitu jugalah dengan kesedihan, juga adalah sementara. Bahagia akan hilang dengan datangnya kesedihan. Kesedihan akan hilang dengan datangnya kebahagiaan. Kedua-duanya akan silih berganti.

Jadi, apa matlamat kita sekarang?

Jika matlamat kita adalah kebahagiaan, maka walau dalam apa jua keadaan pun, bertindaklah dan pilihlah jalan yang boleh membawa kepada kebahagiaan. Jika matlamat kita sebaliknya, hmmm...buatlah keputusan yang sebaliknya.

Apapun yang kita sedang dan akan hadapi, sama ada bahagia atau sedih...sentiasalah ingat pada Allah. Kuatkan hati dan laluilah hidup dengan sebaiknya. Semoga kita dapat pengajaran dengan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Periksa PTK pada hari Rabu minggu depan, aku tak baca apa-apa pun lagi. Pagi tadi baru belek-belek silibus. Nampaknya ada orang yang belum mengambil pengajaran dari peristiwa tak tidur malam sebab study last minute duhulu. Hehe...